Informasi

Informasi

Pengurusan

Pengurusan pengkebumian jenazah/mayat di Tanah Perkuburan Seksyen 21 diuruskan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Shah Alam. Tanah Perkuburan Seksyen 21 meliputi Tanah Perkuburan Islam, Hindu dan Kristian.

Syarat dan Standard Saiz Tapak Kubur

Syarat-Syarat Pengurusan Jenazah/Mayat

  1. Waktu pengkebumian adalah dari jam 8 pagi hingga 7 malam setiap hari. Walaubagaimanapun pengkebumian pada waktu lain akan dijalankan berdasarkan kes-kes tertentu.
  2. Waris si mati hendaklah mendapatkan Permit Menguburkan daripada pihak Hospital atau Balai Polis.
  3. Semakan permit dilakukan oleh kakitangan jabatan sebelum upacara pengkebumian.
  4. Sebarang urusan hendaklah dimaklumkan kepada pegawai atau penyelia kubur untuk menetapkan masa pengkebumian dan urusan penggunaan van jenazah ke tanah perkuburan.
  5. Pengkebumian akan dijalankan 2 jam selepas permohonan dibuat.
  6. Bagi pengkebumian di Tanah Perkuburan Kristian, waris perlu juga menyertakan Borang Pengesahan Keahlian Bagi Tujuan Pengkebumian di Tanah Perkuburan Kristian Seksyen 21, Shah Alam yang telah disahkan oleh wakil Shah Alam Christian Federation (SACF). Borang ini boleh diperolehi dari wakil gereja yang menjadi ahli kepada SACF.
  7. Lot-lot kubur tidak dibenarkan untuk ditempah dengan lebih awal. Pengkebumian dijalankan mengikut urutan nombor lot.

Standard Saiz Tapak Kubur

  1. Muat turun standard saiz tapak kubur bagi Beragama Islam. [Klik sini]
  2. Muat turun standard saiz tapak kubur bagi Beragama Hindu. [Klik sini]
  3. Muat turun standard saiz tapak kubur bagi Beragama Kristian. [Klik sini]
Kadar dan Cara Bayaran

Selesai pengkebumian, permit mengkebumi yang asal beserta bayaran perlu diserahkan kepada pihak penggali kubur di lapangan/ kubur.

Resit pembayaran akan dipos kepada waris mengikut alamat yang diberikan.

Kadar Urusan Pengkebumian

  1. DEWASA - 120.00
  2. KANAK-KANAK - 60.00

Kadar Penggunaan Kenderaan Jenazah

  1. KAWASAN SHAH ALAM - 50.00
  2. LUAR SHAH ALAM + RM1.00 PER KM - 40.00